Ahad, 27 Mei 2012

KERANAMU....

Kata- kata untuk hatiku yang luka

"I don't miss him, I miss
who I thought he was."


Apabila jatuh cinta pada
seseorang,anda
menggambarkannya dengan
begitu sempurna di minda anda.Seluruh hati
dan fikiran terisi dengan
gambaran perasaan yang
anda rasakan ketika jatuh
cinta.Namun,setelah anda dikecewakan,
semua gambaran anda itu
dihapuskan oleh kenyataan sebenar.Kerana
itulah sebabnya anda
merasakan terluka,pedih,sakit dan kecewa
setelah hubungan anda
berakhir.Bangkitlah!,lepaskanlah
gambaran tentang dirinya
dari minda dan hati anda
agar anda mampu bergerak ke depan.
Yakinkanlah hati anda bahawa
inilah kenyataan yang
terjadi.Kenyataan di mana
dia tidak lagi ada disisi anda.
 "You never really stop
loving someone. You just
learn to try to live without
them"


Ingatlah kembali pada ketika di mana 
anda belum mengenali si
dia.Bagaimanakah hidup
anda ketika itu?Baik-baik saja kan?
Sebenarnya,
itulah yang harus anda lakukan
 saat ini,belajar
hidup tanpa dia disisi,sepertimana
anda pernah hidup
sebelumnya.Anda tak perlu
berusaha keras untuk melupakannya,
biarkan saja luka hati dan
perasaan anda pulih seiring
 dengan putaran waktu.
Apa yang perlu anda lakukan adalah 
menghadapi
kenyataan bahawa kali ini
anda harus bergerak sendirian.
Tenanglah!,anda boleh,dan
anda pasti baik-baik saja.

"You don't need a
relationship to define who
you are."

Siapa yang cakap ketika si dia meninggalkan anda,
kemudian anda pun kehilangan jati diri?
Tidak sama sekali!,ingatlah,anda tetap anda,
bukan orang yang berbeza.Anda tidak memerlukan
dia atau sesiapa hanya untuk mencari jati
diri anda.Anda tidak
memerlukan orang lain untuk
tahu siapa diri anda.
 "Life is not about waiting
for the storms to pass. It's
about learning how to
dance in the rain."


Bila dilanda kekecewaan,
seringkali kita bertanya,
"bilakah masalah ini akan berakhir?"
Namun,hakikatnya,masalah
memang tak akan pernah ada
akhirnya,dan anda tak
harus menunggu lama untuk anda 
melangkah kembali.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah
 mencari cara agar anda tetap mampu
bergerak sekalipun masalah
masih ada di sekeliling anda.
"You're beautiful, and
someone out there will
always love you"


What?
 siapa yang cakap anda tidak layak 
mendapat seseorang yang jauh lebih baik??
Come on!
 Hanya anda yang sebenarnya
 menilai diri anda sendiri tak berharga.
Sedangkan,anda
dengan segala kelebihan
yang anda miliki
menunjukkan bahawa anda
memang seseorang yang istimewa.
Apabila ketika ini anda harus hidup sendirian lagi,
ini bukanlah kerana anda tidak
memiliki kelebihan malah hakikatnya 
anda lebih layak mendapat
seseorang yang lebih baik dari
yang pernah anda miliki.
Percayalah....
bahawa di balik
setiap perpisahan,
kekecewaan dan masalah
ada satu 'mesej' indah
yang ditujukan kepada anda.
Dan...
'mesej' tersebut
meminta anda untuk
meneruskan perjalanan
menuju destinasi yang anda inginkan...


Khamis, 24 Mei 2012

saat kau kata...  " i love u" pada dirinya.... hatiku hancur luluh.... tetiba airmataku mengalir... tersentap hatiku bila ku lihat perkataan itu... aku hanya insan biase... doaku moga kau bahagia bersama si dia yang  kau cintai... aku hanya mampu tersenyum bila kau bahagia bersama orang yang kau sayang... maafkan aku kerana berharap pada dirimu... aku tidak menyalahkan dirimu, mungkin aku tidak layak untuk dirimu... cintaku hanya untukmu... walaupun kau bukan milikku... bukan jodohku... ya allah berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini dan takdirmu ini ya allah... kuatkan aku ya allah... seikhlas hati aku sangat menyayangi dirinya... tiada kata yang dapat aku luahkan untuknya... tapi cintaku yang suci hanya untukmu... aku akan biarkan cintaku lupuk dalam hatiku tanpa dia mengetahuinya...  berilah kebahagiaan untuk dirinya.. always in my heart ..." My TMN"...